Friday, October 16, 2009

PhD termuda UMS

KAMPUS

ARKIB : 11/10/2009
Zaharin penerima PhD termuda UMS


AHMAD ZAHARIN ARIS

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA KINABALU 10 Okt. - Sikapnya yang tidak jemu membuat kajian membolehkan Ahmad Zaharin Aris menjadi graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) termuda menerima ijazah doktor falsafah (PhD)

Pada usia 25 tahun, anak jati Kuala Lumpur itu menerima ijazah PhD dalam bidang Sains Sekitaran, selepas menyempurnakan kajian berkaitan Hidro Kimia dan Penorobosan Air Laut ke dalam Akuiser di Pulau Manukan, Sabah.

Sikapnya yang gemar membuat kajian dan menerbitkan kertas penyelidikan dalam bentuk jurnal juga telah membolehkan dia mendapat kelonggaran dengan mengikuti pengajian di peringkat PhD tanpa melalui peringkat Sarjana.

''Selain anugerah kecemerlangan, saya sudah menerbitkan lebih 11 kertas penyelidikan dalam bentuk jurnal

''Saya bersyukur kerana dapat menunaikan impian ibu bapa yang mahu melihat saya berjaya dalam pelajaran," katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-11 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun Ahmadshah Abdullah di sini hari ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Shah Putra, Kangar itu berkata, pada masa ini dia mahu memberi tumpuan terhadap tugasnya sebagai pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu pada majlis sama, Wan Khairul Muzammil Abdul Rahim, 23, yang berasal dari Sabah dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja selepas mencatat nilai gred purata terkumpul (CGPA) 3.7 dalam bidang kejuruteraan mekanikal.